counter create hit Goji Bundy - Download Free eBook
Ads Banner
Hot Best Seller

Goji Bundy

Availability: Ready to download

Dengan nama Ilah. Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy. Apa itu Goji Bundy? Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku. Mence Dengan nama Ilah. Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy. Apa itu Goji Bundy? Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku. Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini. ● tanpa perancangan rapi. ● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan. ● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj) ● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu. ● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin) ● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C ● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi. ● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang. Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.


Compare
Ads Banner

Dengan nama Ilah. Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy. Apa itu Goji Bundy? Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku. Mence Dengan nama Ilah. Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy. Apa itu Goji Bundy? Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku. Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini. ● tanpa perancangan rapi. ● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan. ● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj) ● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu. ● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin) ● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C ● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi. ● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang. Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

30 review for Goji Bundy

  1. 5 out of 5

    Nazrul Noorzan

    Kalau ada yang masih bercita-cita untuk kerja mengutip buah di Australia kononnya mampu kaya dengan cepat, mohon baca buku ini. Kadang-kadang, khabar yang didengar tidak seindah rupa. Pernah bekerjasama dengan penulis dalam salah satu projek zine terbitan beliau. Masih merupakan penulis kegemaran aku. Kali ini tulisannya tidak terlalu deep dan aku mampu hadam. haha.

  2. 4 out of 5

    Zetty Khairunisa

    Saya baca buku ini sepanjang perjalanan dari Melaka - KL - Selangor dgn aplikasi Spotify terpasang mode online seperti saranan penulis. Tak saya hiraukan teman yg memandu di sebelah saya itu. Saya cuma ingin menyerap perasaan penulis sepanjang membawa diri (hati) ke bumi Aussie itu. Bezanya saya cuma berada di bumi Malaysia, menaiki kereta dan ada hotel utk disinggah inap dgn selesa sedang penulis? Tetapi hebat, rasa itu memang muncul juga walau sekejap-sekejap. Rasa yg jauh! Travelog ini tentang Saya baca buku ini sepanjang perjalanan dari Melaka - KL - Selangor dgn aplikasi Spotify terpasang mode online seperti saranan penulis. Tak saya hiraukan teman yg memandu di sebelah saya itu. Saya cuma ingin menyerap perasaan penulis sepanjang membawa diri (hati) ke bumi Aussie itu. Bezanya saya cuma berada di bumi Malaysia, menaiki kereta dan ada hotel utk disinggah inap dgn selesa sedang penulis? Tetapi hebat, rasa itu memang muncul juga walau sekejap-sekejap. Rasa yg jauh! Travelog ini tentang putus cinta di Malaysia, patah hati lalu membawa diri ke Australia. Saya suka dgn banyak tulisan jujur penuh inspirasi di setiap kisah itu. Dan yg paling menyentuh saya ialah babak flashback penulis bersama arwah Mat. Akhirnya, seperti penulis yg bersusah dlm perjalanan beliau bersama rakannya, Yus, saya selam diri saya dan saya tanya, ada tak insan yg sudi datang dgn butang 'help' kepada saya, sama ada secara jasad atau suara atau kedua-dua? Atau saya cuma ada Dia? Saya habis baca buku ini di Hotel De Art, Shah Alam selepas berhenti rehat semalaman di Terra Nova Hotel, Melaka. Real!

  3. 4 out of 5

    Jiwa Rasa

    kisah seorang lelaki yang membawa diri ke bumi Australia kerana kecewa dalam hidup. Membawa diri dengan kewangan yangterhad dan bekerja di ladang untuk meneruskan hidup. Menarik membaca cetusan hati yang santai tetapi menjentik. Kagum juga dengan ketegaran dan semangat penulis untuk meneroka ruang yang asing. Bukan catatan kembara biasa yang sekadar mencatat tempat yang cantik dan menarik untuk dilawati. Ianya catatan kembara jasad dan jiwa seorang pemuda membawa hati yang lara.

  4. 5 out of 5

    Ain

    Menarik ! Ini karya hipster tapi bahasanya aku suka. Tiada unsur makian. Banyak karya hipster yg ada ayat makian,yg merosak bahasa bagi aku. Sungguh banyak ayat yg aku suka. Cara penulis move on dari putus tunang,seakan membantu aku utk move on jugak. Kisah cabaran penulis di Aussie buat aku kagum. Pengalaman mendewasakan dan ya itu cara terbaik utk move on. Aku tertanya maksud Goji Bundy. Ada penulis ceritakan hampir di penghujung penulisannya : "Goji itu nama salah satu cherry yg ada dalam energy bar Menarik ! Ini karya hipster tapi bahasanya aku suka. Tiada unsur makian. Banyak karya hipster yg ada ayat makian,yg merosak bahasa bagi aku. Sungguh banyak ayat yg aku suka. Cara penulis move on dari putus tunang,seakan membantu aku utk move on jugak. Kisah cabaran penulis di Aussie buat aku kagum. Pengalaman mendewasakan dan ya itu cara terbaik utk move on. Aku tertanya maksud Goji Bundy. Ada penulis ceritakan hampir di penghujung penulisannya : "Goji itu nama salah satu cherry yg ada dalam energy bar yg aku beli di sini.Dan Bundy pula adalah singkatan dan panggilan org tempatan utk Bundaberg" Ini aku sengaja coretkan kata-kata yg aku suka. Banyak sebenarnya,sampai banyak lipatan kecil yg aku buat utk buku ni. " Bumi asing yg tak akan pernah sama.Seriba satu pandangan ke kanan dan seribu satu pandangan ke arah bertentangan. Tapi terlalu jarang utk aku lihat apa-apa atau siapa-siapa,yg punya satu ciri agama. Dan bukankah itu satu nikmat di negara sendiri? " " Buat sajalah sebanyak mungkin kebaikan. Dibalas baik atau buruk,itu bukan kau tentukan. Bahkan kau tak berhak pun meminta apa-apa balasan. Yang membalas itu sebenarnya Tuhan,bukan insan " " Kalau kau nak putus asa,tunggu waktu ajal. Waktu di mana kau dah tak mampu buat apa-apa. Dan waktu itu barulah putus asa kau ada nilainya." " Sakit itu bukan melepaskan sesuatu pergi,tapi melepaskan sesuatu yg tidak akan kembali " " Tenang,rahmat bahagia antara kita semua tidak akan pernah sama. Sebab itu kau dan aku tak perlu berharap yg bahagia milik dia adalah milik kau juga " " Move on itu bukanlah berlalu pergi meninggalkan mahupun melupakan. Tapi bagaimana utk terus hidup dgn memori yg ada tanpa ada sedikit pun perasaan atau penafian "

  5. 4 out of 5

    Aween

    Permulaan cerita yang berkisar tentang kejatuhan perniagaan yang diusahakan selama bertahun. Umpama jatuh ditimpa tangga, tunang yang menjadi tempat berkongsi suka duka alam dewasa meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Tindakan berani dan kental bila hanya berbekalkan wang yang tidak seberapa sahaja, langsung mahu terus ke Australia. Plot berkembang dengan pengembaraan dari sebuah daerah ke daerah yang lain dan dari sebuah negeri ke negeri yang lain.Selama ini aku turut memasang impian untuk Permulaan cerita yang berkisar tentang kejatuhan perniagaan yang diusahakan selama bertahun. Umpama jatuh ditimpa tangga, tunang yang menjadi tempat berkongsi suka duka alam dewasa meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Tindakan berani dan kental bila hanya berbekalkan wang yang tidak seberapa sahaja, langsung mahu terus ke Australia. Plot berkembang dengan pengembaraan dari sebuah daerah ke daerah yang lain dan dari sebuah negeri ke negeri yang lain.Selama ini aku turut memasang impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah disana because it sounds so cool. Yelah sbb negara sejuk dan anything yang different from out country for sure nak dicuba. Tapi sejak baca Goji Bundy ia seakan menggambarkan kehidupan sebagai traveller & pemetik buah disana bukanlah 100% indah seperti pelangi. Watak-watak antagonis muncul satu-persatu terutamanya dalam kalangan pemetik buah itu juga. Respek aku pada Duan kerana tidak terlalu mengikut perasaan amarah. Watak protagonis digambarkan melalui rakan-rakan Muslim (brotherhood) yang sangat utuh. Aku tak pasti nak cakap mana satu klimaks cerita Goji Bundy ni sebab disetiap tempat baru yang dijelajah ada je series of unfortunate & unexpected events yang berlaku. Buku ini terlalu nipis aku rasakan seolah macam tak cukup ni, aku nak lagi ! Rasa sayang pula nak habiskan bacaan. On the other side aku rasa Duan power sebab mampu abadikan kisah travelog dia dalam naskah ynag tak sampai 300 muka. Kudos !

  6. 4 out of 5

    Sharulnizam Mohamed Yusof

    Hampir sebulan mahu menamatkan buku ini. Tunturan kerja, percutian yang panjang boleh lah dijadikan alasan. Buku ini, keseluruhannya memuaskan. Bagaimana penulis mengembara bumi Australia dengan hati yang nekad, mahu "meninggalkan" kisah luka agar bisa terlupakan. Kisah hidup yang aku rasakan semborono, demi kelangsungan hidup. Ya, semborono yang berani. Ada isi. Hati kental. Cuma, mana mungkin kita mampu melupakan peristiwa silam. Yang melibatkan hati dan perasaan. Memori bukannya susunan bata ya Hampir sebulan mahu menamatkan buku ini. Tunturan kerja, percutian yang panjang boleh lah dijadikan alasan. Buku ini, keseluruhannya memuaskan. Bagaimana penulis mengembara bumi Australia dengan hati yang nekad, mahu "meninggalkan" kisah luka agar bisa terlupakan. Kisah hidup yang aku rasakan semborono, demi kelangsungan hidup. Ya, semborono yang berani. Ada isi. Hati kental. Cuma, mana mungkin kita mampu melupakan peristiwa silam. Yang melibatkan hati dan perasaan. Memori bukannya susunan bata yang boleh kau ubah-alih sesuka masa. Atau dibuang. Sekali berlaku, ianya tetap terpahat. Dan kita lah yang perlu bijak menanganinya. Semoga kau tabah, tuan Riduan.

  7. 4 out of 5

    Maisarah Azmi

    I find this travelog personally soothing as it teaches us about life indirectly. The struggle and the pain that we come across in life coz not all things in life are rosy. If you are heartbroken, this book is for you. It will give life back to your heart. Very deep

  8. 4 out of 5

    Athirah Medan

    Aku suka sebab jalan cerita, jujur, bukan sekadar pemikiran atau bayangan harapan. Ada muka surat yang buat aku rasa sudden goosebump tapi taknak ah cite kenapa. Goodluck writer!

  9. 5 out of 5

    Nazri Awang

    Terlalu pendek,jalan cerita yang menarik, tetapi tidak cukup pengolahan. Aku habiskan dalam masa sejam lebih.

  10. 5 out of 5

    Sooraya Evans

    OK lah. Not too bad. Not that great. Tapi kenapa mamat ni rasa traveller yang redah saje tanpa perancangan lebih bagus daripada orang yang plan betul-betul sebelum travel? "Site visit"? Seriously?

  11. 5 out of 5

    Husna Musa

    Antara semua travelog penulis tempatan yang pernah aku baca, mungkin Goji Bundy ini yang paling lain macam gaya bahasanya. Deep. Buat aku baca dua tiga kali. Buat aku berfikir. Sebenarnya bila travel memang ada banyak perkara yang bermain di fikiran. Terkagum aku, dengan cara fikir penulis. Dan cara dia sampaikan dalam tulisan. Kadang perkara tu kecil sahaja, tapi entah kenapa tak pernah terfikir. Bila baca tulisan di kulit buku, aku sceptic juga sebenarnya. Tapi lepas habis baca, aku simpulkan in Antara semua travelog penulis tempatan yang pernah aku baca, mungkin Goji Bundy ini yang paling lain macam gaya bahasanya. Deep. Buat aku baca dua tiga kali. Buat aku berfikir. Sebenarnya bila travel memang ada banyak perkara yang bermain di fikiran. Terkagum aku, dengan cara fikir penulis. Dan cara dia sampaikan dalam tulisan. Kadang perkara tu kecil sahaja, tapi entah kenapa tak pernah terfikir. Bila baca tulisan di kulit buku, aku sceptic juga sebenarnya. Tapi lepas habis baca, aku simpulkan ini bukan travelog biasa. Bukan juga kisah patah hati dan bawa diri semata. Oh ya. Ini juga bukan kisah travelog indah. Bawa diri ke negara asing, tanpa ada rancangan - apa kerja buat di sana, tinggal di mana, dan bajet yang sangat terhad - ini memang kerja gila. Dan kerana kerja gila itulah, aku jadi tak sabar nak menyelak tiap muka surat, untuk tahu apa pula yang terjadi pada hari-hari seterusnya selama mereka di sana. Survived? Happy ending? Bacalah sampai habis. Paling saspens, part kena ekori lepas lari dari sharehouse di Bundaberg. Kejar-kejar macam dalam filem. Bila baca macam boleh imagine scene tu. Aku pinjam buku ini di Perpustakaan Negara sebenarnya. Geram juga tak dapat conteng, garis, atau highlight banyak patah kata. Nampak gaya memang kena beli juga.

  12. 4 out of 5

    Mardhiah

    dapat andaikan satu perjalanan yang banyak mengajar diri penulis. terima kasih kongsi. seronok membaca. p/s; klu penulis terbaca review ni. sya nak bgi 4 bntang. tapi anda terlalu mempromosikan rokok jdi sya turunkan kpd 3. *senyum ikhlas*. jaga diri.

  13. 4 out of 5

    fizzrosie_

    peritnya la hai

  14. 4 out of 5

    Nanadhoi

    Selama ni aku intai-intai je buku ni dekat rak buku. Finally, berjaya jugak ambil dan baca waktu PKP ni. HHAHHA Aku suka design cover buku ni. Aku habiskan dalam waktu sehari memandangkan isinya yang sempoi dan buku ni tak lah setebal novel Melayu di pasaran, sebab ini kan travelog, HAHHA. Buku ini mengisahkan perjalanan penulis yang membawa diri berkelana ke bumi Australia. Melalui buku ni, aku dapat la insights sikit on realiti kerja mengutip buah, memetik sayur di negara luar, sejujurnya aku pu Selama ni aku intai-intai je buku ni dekat rak buku. Finally, berjaya jugak ambil dan baca waktu PKP ni. HHAHHA Aku suka design cover buku ni. Aku habiskan dalam waktu sehari memandangkan isinya yang sempoi dan buku ni tak lah setebal novel Melayu di pasaran, sebab ini kan travelog, HAHHA. Buku ini mengisahkan perjalanan penulis yang membawa diri berkelana ke bumi Australia. Melalui buku ni, aku dapat la insights sikit on realiti kerja mengutip buah, memetik sayur di negara luar, sejujurnya aku pun pernah bercita-cita untuk ke luar negara kerja petik buah. HAHHA. Tapi part kena scam dengan kontraktor tu sangatlah mengerikan time kau tak cukup duit. Pada setiap bab, penulis siap sertakan tajuk-tajuk lagu yang dicadangkan untuk kau dengar time membaca. Gigih weh aku bukak lagu satu-persatu dengar sambil membaca. Ayat-ayat penulis dalam ni pun sedap dibaca, deep pun ada, sampai dua kali aku baca untuk hadam maksud penulis. Buku ni bukan sahaja sesuai untuk mereka yang minat travelog, aku rasa untuk yang tengah patah hati pun boleh baca, kot la lepas baca dapat semangat baru. Gitu.

  15. 4 out of 5

    Kusma Adika

    Boleh tahan.

  16. 4 out of 5

    BillDean

    Finally, finish reading this masterpiece. Bought this book tak ingat bila (dalam a year ago rasanya), tapi baru digerakkan oleh yang Esa untuk menelaahnya.. Hmmm... What should I say? Seriously, I've bought this thinking it's the same as any travelog out there since well, I love reading others' experience on pergi menjelajah negara orang untuk bius wanderlust yang selalu je saja2 melintas dalam fikiran. Tambahan pula, angin aussie masih terasa saat terpandang buku ni dulu (masa ni baru balik from Finally, finish reading this masterpiece. Bought this book tak ingat bila (dalam a year ago rasanya), tapi baru digerakkan oleh yang Esa untuk menelaahnya.. Hmmm... What should I say? Seriously, I've bought this thinking it's the same as any travelog out there since well, I love reading others' experience on pergi menjelajah negara orang untuk bius wanderlust yang selalu je saja2 melintas dalam fikiran. Tambahan pula, angin aussie masih terasa saat terpandang buku ni dulu (masa ni baru balik from aussie), and the cover literally 'screamed' to me, "Pick me.. Pick me.. Pick me up.. Pick me.. Pick me.. Pick me.." Bought it thinking this guy might just experienced the same thing I did during my roadtrip from Sydney to Melbourne (via the coastline instead of the 9-hours-drive-highway), where driving was never stressful than ever in Australia (seriously, who the hell drives 40? In Aussie, they did). Aku bayangkan dia akan cerita how serabut Melbourne is with tram lines parallel dengan jalan kereta, kat situ jugak kadang ada tram stops yang aku pernah kena turun tengah2 alam tu, lepas tu blur nak lintas jalan. How beautiful Sydney is and how surprising it was terserempak dengan kangaroo masa drive. But, sangkaan aku jauh meleset. This book is bagi aku, not a travelog but should be categorised as a biography instead. The author successfully buat aku lemas dalam kisah hidup dia. I can feel you, bro. Penulisan yang aku rasa akan ada je mana2 sasterawan kata 'picisan', tak berapa nak poetry, berbunga mahupun sanskrit (betul ke pun istilah aku?), tapi sampai ok (!!) dekat hati ni. Aku macam nampak je penulis ni kutip buah, wandering on the streets of pekan2 yang sangat asing pada 'tourist' macam aku ni. Tak tau kenapa, bahasa yang simple, tak payah nak letak segala macam gambar (cukup aku rasa adakan berapa belas je), tapi berjaya buat aku terasa yang aku berada ditempat penulis. Cukup penulis tuliskan saja apa yang dilihat dimatanya pada ketika itu, dapat aku bayangkan rupa langit enam kaler tu macam mana and all (sila baca buku ni kalau nak faham). Dan buku ni bagi aku boleh dianggap sebagai manual hidup untuk cabar diri keluar dari zon selesa. Benda yang pada aku only top 1% of the earth population ni je yang berani buat. Kita sesungguhnya sangat takut nak keluar dari zon selesa. Kenapa? Sebab kita manusia, tak suka nak rasa susah sikit pun. Nak senang je padahal kita semua tau yang nak masuk syurga tu susah, neraka tu yang senang. Kalau kita kira comfort zone, aku rasa instead of lintas titian sirat untuk ke syurga tu, baik aku jatuh awal2 untuk ke neraka. After all, ramai kita percaya, apa pun, kita akan masuk syurga jugak nanti atas tiket kita ni orang Islam (sigh..how can we be so sure sebab sesungguhnya hanya Dia yang tahu). Seriously, you need to read this book to understand how to live and treasure our life sebab kita kena ingat yang birthday kita bukan sebab nak raikan berapa tahun kita dah hidup tapi sebenarnya untuk kita ingat yang mati semakin hampir dengan kita. Thanks so much Mr. Author for this masterpiece. I've learnt a lot. Inspiring is an understatement. You're not inspired me, you taught me. About life.

  17. 4 out of 5

    Ida

    I saw this book that went viral and have been wanting to read it because I fell in love with its prose. When I was reading it I was struck by the similarity of this previous book that I had loved with the very red cover; its deep melancholic poetic structured thoughts, its chosen songs as silent narratives, its Ipoh backdrop and I had thought that this writer was influenced somewhat by that author and then I was like, 'wait a minute' and thought I might as well take out the red covered book, Ars I saw this book that went viral and have been wanting to read it because I fell in love with its prose. When I was reading it I was struck by the similarity of this previous book that I had loved with the very red cover; its deep melancholic poetic structured thoughts, its chosen songs as silent narratives, its Ipoh backdrop and I had thought that this writer was influenced somewhat by that author and then I was like, 'wait a minute' and thought I might as well take out the red covered book, Arsonist Jalan Labrooy to compare the two. What do you know, they're the same writer! Fakkkkk! So I did what I can do in witness of great art, I savoured it. Especially when he is the only writer in Bahasa that I can sit through and I sat through and relished it in one sitting! I played all the songs accompanied its opening monologues, dialogues and stories which was not simple as they're bloody long(!) while its story are short. But then he wrote; "bercakap perihal senyap dan sunyi, kalau bahagia aku itu dilagu-tari,pasti lagunya yang paling panjang dan sunyi sepi", so I had to give it justice and keep playing the song(s) and replaying the scene by the melody. It wasn't really hard as all the author's chosen songs are stellar except of course, Space Oddity that I'd argue ONLY should be listened to the original! :p Great art sometimes are written from the depth of great despair and experience, and I think the author really captured the betrayals of loss and love as only great talent can do. Reading the only travelogue; Eat Pray Love, I had thought that his ending was to be the same, I anticipated it and cried like mad! I had hoped as it would have given me hope. Arundhati wrote that stories reveal themselves to writers. The public narrative, the private narrative - they colonize us. They (stories) commission us. They insist on being told. And Riduan A.Dullah served his heart raw and the reader can only hope that this travelogue is his catharsis so he can grow and his next book wont take as much toll on the heart! If you've loved greatly and lost, I'd advise to read this book but be warned that it'll open old wounds, however it will also remind how you've survived that horrible chapter of your life, how you've grown, as did the writer.

  18. 5 out of 5

    Akuismeudy

    Aku dah pernah baca dua kali buku ini versi yang Duan terbit sendiri. Jadi yang ini adalah kali ketiga Aku dari dulu memang sengaja beli buku tulisan Duan dalam versi yang sama walau cerita yang sama, hahaha. Macam Arsonist Jalan Labrooy aku ada dua-dua versi, alasannya mudah sebab aku suka versi berbeza Duan dan package yang disediakan rare dan unik. Macam Arsonist yang versi kedua aku beli dalam kotak siap ada sticker. Aku simpan sampai sekarang. Boleh aku kata Duan adalah penulis kegemaran ak Aku dah pernah baca dua kali buku ini versi yang Duan terbit sendiri. Jadi yang ini adalah kali ketiga Aku dari dulu memang sengaja beli buku tulisan Duan dalam versi yang sama walau cerita yang sama, hahaha. Macam Arsonist Jalan Labrooy aku ada dua-dua versi, alasannya mudah sebab aku suka versi berbeza Duan dan package yang disediakan rare dan unik. Macam Arsonist yang versi kedua aku beli dalam kotak siap ada sticker. Aku simpan sampai sekarang. Boleh aku kata Duan adalah penulis kegemaran aku. Untuk Goji Bundy walaupun yang aku baca ini sudah versi mainstream tanpa package rare tapi pada aku masih unik. Biarpun dua-dua versi ini cerita yang sama tapi membaca pada waktu yang berbeza dengan jurang yang agak ketara dengan kondisi diri yang juga tak sama memberi impak yang tidak serupa. Aku tak rasa aku nak buat review dengan cerita balik apa yang ada dalam buku ni sebab tidak adil, kau perlu beli sendiri baca dan hadam. Sebab buku ni jugaklah aku makin ketagih dengan Hiatus kadang-kadang. Hahaha. Cerita ini lebih dari kisah seorang lelaki putus tunang dan membawa hati yang lara. Cerita ini adalah kisah kehidupan. Hidup yang kau, aku mereka hadapi. Mungkin kita tidak berada sebagai watak atau latar yang sama tapi kita tetap dalam satu jalan cerita yang punya ending yang serupa. Pada aku membaca bukan untuk hiburan, meluangkan masa yang lapang semata. Pada aku buku dan baca adalah satu perhubungan yang kompleks, dan mempunyai nilai romantism yang mengikat. Jadi pada aku buku dan baca adalah sesuatu dengan keterlibatan langsung dalam diri aku. Dan setiap buku yang aku baca punya fungsi dan makna yang tersendiri sebab itu juga ada buku yang aku boleh baca dua tiga kali dan jumpa benda yang berbeza dan ada buku yang cukup sekali aku dah tolak ketepi. Baca buku ni buat kau akan rasa yang tak apa untuk kau rasa segala kusut. Tak salah untuk kau rasa fucked up dengan diri sendiri. Segala yang negatif segala yang teruk-teruk. Tak salah. Tapi akhirnya kau kena cari jalan keluar. Kita semua ada inferior yang tersendiri tapi disebalik itu kita masih ada yang menunggu dan kita masih ada yang mendoakan. Paling utama adalah mencari diri bertemu Tuhan. Al-Fatihah buat arwah mak Duan. Be strong and good luck untuk Rhipheus Pictus dan pengembaraan seterusnya.

  19. 4 out of 5

    Fatini Zulkifli

    Melancholic and hilarious. Two words to describe Goji Bundy. Buku ini menyedarkan aku konsep backpacking sebenar. Backpacking bukan duduk bersantai bilik hotel mewah dan jalan-jalan guna itinerary. Tapi backpacking tu tidur menggigil kesejukan atas lantai, takde duit, kena kejar bekas majikan, tidur dalam almari, dan survive hidup berminggu dengan hanya makan nasi dan garam tanak dalam periuk. Penuh dengan adventure ibarat pengembaraan Bilbo Baggins dalam The Hobbit. Melarikan diri daripada bekas Melancholic and hilarious. Two words to describe Goji Bundy. Buku ini menyedarkan aku konsep backpacking sebenar. Backpacking bukan duduk bersantai bilik hotel mewah dan jalan-jalan guna itinerary. Tapi backpacking tu tidur menggigil kesejukan atas lantai, takde duit, kena kejar bekas majikan, tidur dalam almari, dan survive hidup berminggu dengan hanya makan nasi dan garam tanak dalam periuk. Penuh dengan adventure ibarat pengembaraan Bilbo Baggins dalam The Hobbit. Melarikan diri daripada bekas majikan: "Waktu ini memang betul-betul seakan bangla yang melarikan diri bila diserbu. Kalau ada yang melihat waktu tu, pasti dia syak aku pencuri barang dapur bila aku berlari sambil memegang periuk seakan memegang baton dlm acara lari berganti 400 meter" Kelaparan: "Kami dijamu nasi ala-ala Turki dengan lauk kambing. Macam nak menangis dapat nasi yang sedap dan berempah. Seakan hidangan dari langit. Laju kami makan. Siap bertambah. Bak kata orang, kalau malu, nanti lapar. Biar muka tebal janji perut kenyang." Kesejukan: "Dan apa yang aku buat itu tadi seakan tidak memadai, aku tidur dalam almari dengan membekokkan lutut." Kenapa nama buku Goji Bundy? Goji Bundy tu ape? Jawapannya ada dalam muka surat 98.

  20. 5 out of 5

    Qhistina Ma

    Muka akhir. Habiskan sementara tunggu kereta mama siap dicuci. Radio Sanyo usang 'ane'2 india pencuci kereta putar lagu tamil yang lebih emo dari pendengar. Buku yang tepat, untuk waktu yang tepat dan pembaca yang tepat. Buku ni ada semua perkataan yang aku cari, yang aku nak cakap dan yang aku wonder. Macam monolog dalaman tak terluah, bila dibaca ayatnya mudah dan beritma. Penuh dengan dog ear... Tandanya buku ni antara yang bernilai... Yang akan selalu dipeluk. "Bagaimana untuk hidup dengan memori Muka akhir. Habiskan sementara tunggu kereta mama siap dicuci. Radio Sanyo usang 'ane'2 india pencuci kereta putar lagu tamil yang lebih emo dari pendengar. Buku yang tepat, untuk waktu yang tepat dan pembaca yang tepat. Buku ni ada semua perkataan yang aku cari, yang aku nak cakap dan yang aku wonder. Macam monolog dalaman tak terluah, bila dibaca ayatnya mudah dan beritma. Penuh dengan dog ear... Tandanya buku ni antara yang bernilai... Yang akan selalu dipeluk. "Bagaimana untuk hidup dengan memori yang ada tanpa ada sedikit pun perasaan atau penafian." - ms 174 "Dan apa yang kau pandang pada jam?. Terfikir, masa yang sudah berlalu, dimana Tuhan letak-simpankan "" - ms 176 #menungguhatipulang # misisimpanduitkumpulcuti

  21. 5 out of 5

    Chekemdotty

    Putus sudah kasih sayang,lari ke negara orang.Betullah tu.Kau gila apa nak duduk lepak kat Tanah Melayu ni.Stress tahap Gaban kot!! Putus cinta tu memang tak best,tapi tulah..Nak buat macam mana.Orang dah tak sudi.Hidup je lah..Kalau dah konpem masuk syurga,lain cerita.Ni..Subuh pun mcm nak bergegar bilik tu dengan bunyi ringtone telefon suruh bangun tido..Memang tak lah nak pergi bunuh diri..hehehe..

  22. 4 out of 5

    Hamizah Hasnan

    Buku #gojiBundy ni sumpah sangat memberi inspirasi kat aku. Kadang-kadang kita rasa diri kita ni la paling malang. Paling bermasalah. Paling tak boleh belah. Tapi hakikatnya lagi ramai manusia dibawah Perjalanan hidup penulis yang bagi aku kucar kacir selepas 2 percintaan dia yang tak kesampaian dan perjalanan mengembara membawa diri ke negara orang sangat memberi kesan Semoga ALLAH permudahkan hidup penulis :D

  23. 5 out of 5

    Jane

    kurg trtarik mulanya. then nmpk "putus tunang+myr300. whoahh. pestaim bc travelog. nsb jgk sy kuat imagine sb xpernah ad exprnce sblh Europe. sempoi n Santai. smthg new bla bc as background lagu. but not all at psg smbl bc. jln Cerita quite nice. byk jgk pgjran n persoalan yg buat sy brfikir deep spnjg pembacaan. sy hrp penulis jmpa sm1 yg setia n jujur like him one day. aminnn. looking 4wrd Karya penulis. gambatte ne! :)

  24. 5 out of 5

    Shah Kakashi

    saya seorang peminat tegar buku travelog..buku ini mengandungi banyak pengalaman baru yang saya tak jumpa dalam buku-buku lain. buku ini santai dan seronok dibaca tapi agak nipis jadi saya habiskan dalam masa sejam je..cuma tak buat seperti yang penulis syorkan sebab kekangan internet dan saya langsung tak tahu tentang lagu-lagu yang penulis syorkan..saya harap lebih banyak terbitan buku-buku yang bermanfaat seperti ini pada masa akan datang.

  25. 5 out of 5

    ilhaM

    Dlm hidup ni kita perlukan beberapa individu. Tak semestinya selalu berhubung, tp kalau kita tekan 'help' button, mereka ada...-Goji Bundy Travelog yang paling 'hidup' pernah aku baca. penulisan ni power. lari pegi cari jawapan. pastu balik dgn kejutan.. lagu2 yg sendiri,rasa sama mcm tgok filem the secret life of walter mitty ngan 500 days of summer..ok that's why i love travel jugakkk

  26. 5 out of 5

    athirah amri

    Bila aku tau, tajuk buku ni terhasil dr nama ceri dan kawasan sekitarnya. Aku rasa penulis kreatif memaknakan realiti. Penuh pengalaman pahit dan manis. Gabungan falsafah hakiki tentang dunia kita dan dunia dia. Terasa mcm tak percaya sekejap bila aku baca kisah satu persatu sambil dengar music yg di- recommendkan

  27. 4 out of 5

    Hamka Mekar

    Jumpa penulis, borak sikit sikit, baru baca buku ini. Kisah putus tunang, tinggal kerjaya dan mengembara ke bumi asing. Dalam cerita, ada falsafah falsafah deep. Teruskan berkarya Bro!

  28. 5 out of 5

    Shaznie Mardhiah

    Bila kau terselamat daripada sesuatu, bagaimana kau yakin y kau akan hidup utk satu hari lagi?

  29. 4 out of 5

    Nor Azam

    Cara penulisan yang bersahaja dengan susunan kata yang mampu buat kau merasai apa yang penulis rasa.. A good read.

  30. 5 out of 5

    Ridha Aqdey

    aku suka cara dia tulis buku. simple, campur aduk. tapi tak menepati expectation aku. overall aku kasi 4/5. aku suka quote-quote dalam buku ni.. dalam dan pedih

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
We use cookies to give you the best online experience. By using our website you agree to our use of cookies in accordance with our cookie policy.